Monday, December 6, 2010

It's a good time to change isn't it?

Assalamualaikum!

Kita telah selamat menutup buku amalan yang lama dan membuka buku amalan baru. Teringat petang tadi, mak balik kerja dan bawak balik doa penutup dan pembuka tahun. I was like "Esok Awal Muharram ke?" Ya Allah, jahil nya aku, malu sungguh. Betul lah aku dah agak terleka dan makin jauh dari landasan.

Time mak buka tv1 dan dengar ceramah sebelum doa nak dibacakan, aku sedang elok berteleku depan laptop Abah dok menyanyi lagu Beautiful chipmunk version. Kemudian aku terfikir sesuatu. Dah nak akhir tahun, tapi kenapa aku masih boleh bersuka ria menyanyi lagi? Kenapa tak cuba tambah kan amalan di masa2 akhir ni? Aku terus tutup laptop, ambik tuala dan mandi.

Sebelum baca doa akhir tahun, hanya sempat mengaji beberapa helai muka surat Al-Quran. Tak pe lah, x de rezeki tahun ni. Salah aku sendiri yang boleh lupa tarikh sebegini penting untuk umat Islam seluruh dunia. Lepas sama2 baca doa penutup mengikut imam di tv1, azan maghrib berkumandang. Serius waktu tu aku rasa nak menangis.

Nak menangis fikir aku dah bukak buku baru.

Nak menangis fikir apa amalan yang aku dah buat dalam buku lama yang boleh melayakkan aku ke syurga?

Nak menangis fikir, adakah buku di tangan Malaikat Rakib lebih berat jika dibandingkan dengan buku di tangan Malaikat Atid.

Nak menangis sebab aku sedar, aku dah banyak buang masa setahun yang lepas.

Mengeluh. Allah murka orang yang mengeluh. Buat apa difikir lagi benda yang sudah lepas? Mula hidup baru dan pasti kan kali ini lebih baik dari yang lepas. Aku dari dulu lagi fikir nak berubah, tapi alasan bodoh, tak terbuka hati. Ya, memang alasan aku bodoh. Tapi aku betul perlu kan kekuatan untuk berubah. InsyaAllah, sempena Awal Muharram ni, mungkin ini masa yang terbaik untuk aku menginjak kan diri menjadi muslimah yang lebih baik di mata Allah.

Setakat ni, target aku tak tinggi. Sebab dengan iman aku yang masih perlu dipertingkatkan ini, aku tak yakin aku dapat berubah banyak. Tapi aku akan cuba. Buat masa ni, aku akan cuba penuhi list2 ni:

* Kurang kan memaki hamun, mengutuk, mencarut & etc.
Baru je lepas baca doa penutup, hati aku dah mula mengata bila tengok wajah seseorang dalam tv1 td. Mungkin hati aku dah banyak sangat titik hitam. Mencarut, benda ni dah lama aku rasa nak stop, tapi masih tak boleh. Aku harus tingkat kan usaha.

*Stop pakai baju lengan pendek untuk ke kedai, tutup kepala dengan towel bila angkat kain, tutup aurat bila stay rumah sesiapa.
Benda2 ni paling aku nak stop skali, tapi susah. Mungkin untuk ke kedai dan angkat kain, aku boleh lakukan nya. Tapi yang ketiga macam payah. Kalau pergi rumah Teha aku pakai tudung tapi pakai shirt biasa -____- Pergi rumah Atyn lagi lah, dah buat macam rumah sendiri. Mungkin aku patut stop datang rumah dia juga.

*Kurang kan tengok wayang.
Mula2 aku rasa cinemas bring no harm to me(contoh yang aku dah tergelincir dari landasan Islam). Tengok wayang tak buat aku jahat bukan? Tapi bila fikir balik, aku dah x sanggup nak hilang 40 hari punya pahala semata2 sebab movie yang aku boleh download. Benda ni aku x yakin aku dapat stop serta merta, tapi aku seboleh mungkin akan cuba kurangkan. Macam tadi, cancel plan nak tengok wayang lusa dengan Teha sebab rasa sayang nak bagi pahala jadi -40 sebab tak sampai 40 hari pun lagi bukak buku baru. Sumpah menyesal sikit aku banyak buang pahala aku di tahun lepas.

*Stop lambat kan solat.
Benda ni aku x de lah buat sangat, except kalau aku tengah tidur or time tu aku tengah buat something yang melalai kan. But still, harus berhenti!

InsyaAllah, aku akan cuba. Kawan2 yang nampak aku makin jauh dar target aku ni, sila tegur okay? Selamat menyambut Awal Muharram. Moga tahun ini lebih beribu kali ganda baik nya dari tahun2 lepas. :)) Allahuakbar!

12 comments:

DyanaBangs said...

good luck with the azams (:

Feeqa said...

thank yuhh :))

amalinutt said...

okay kite serupaa
bile dah dekat baru nak rase menyesal
cube baiki diri sendiri
gud luck feeqa ! :)

Feeqa said...

haha, adat manusia kan amaa? gd luck to you too ^^

dylakamil said...

Bila aku baca post ni aku rasa sedih pulak :( sbb ni semua buat aku terfikir jugak pasal amalan2 aku yg lepas. nak dibanding dgn kau, aku lg jauhhhh tersasar :'(

Goodluck dengan azam kau tu okay :) InsyaAllah boleh tercapai kalau kau sendiri yang nak :)

DOLCEshasha said...

haa good luck yaww! aku nih xtaw papa bila balik kerja br taw. huhuh

Feeqa said...

Dyl, mana kita tahu, ntah2 kau lg lebih dr aku :)) Buat yang terbaik tahun ni ok.

Thank you, amiin.

Feeqa said...

hahah, x blh jd kn kerja sbagai alasan okee. kita semua alpa. T___T

nieya said...

salam maal hijrah :)

Feeqa said...

salam maal hijrah nieya :)

FS said...

amboiii siap takmau mai rumaaah. tu aku xnk support. sape nak teman aku dekat rumah lagi, semua kawan dah lupa aku ;'(

kenapa wayang tolak 40 hri kalau tgk dengan perempuan pun?

good luck!

Feeqa said...

hahah, it would be awkward kalau tba2 aku stay umah kau n aku dress up x mcm slalu kan?

dtg je, tp mungkin x tidur kot. kecuali lah kalau kau support aku soh menutup aurat kat umah kau. haha.

apa gaya sedih kawan dah lupa kan kau ni? sapa2? haha.

ntah, dulu time skolah aku blajar. dah x ingat sgt dah -_____-