Saturday, December 4, 2010

Make a love baby, just make a love.


Ok, aku tahu, agak terlambat lah kan nk post pasal balik Merbok hari tu, tapi agak2 korg aku kisah pulak lambat x lambat? Haha. Bukan apa, payah ngat aih nk dpt stok gamba. Dengan si FS yg x reti nk upload dr phone mahal nya, dengan Sha yg buat janji india-jitra kata nk emel tapi satu harem pun x dpt and dengan Anis yg duduk depan rumah tapi bertahun baru aku dapat gambar nya. Nasib lah, sapa suruh x pakai cam sndri ye x?

Ok, move on.

Hari Isnin malam, 'flight' pukul 2115 Aku, Leen & Anis bertolak ke Merbok. First time naik tren teruja wooo. Menyesal x naik tren selama bertahun duduk kat Merbok. Murah pun murah, jimat duit.

Time ni kat Ipoh rasa nya. Berhenti lama sangat sampai kami boleh keluar main tangkap2 gambar dekat bangunan KTM boleh dikatakan lawa. Tapi aku pelik mana pic tu hilang =.=''

Biasalah, bukan Leen nama nya kalau x berkenalan dengan mana2 kawan baru setiap kali dia naik public transport. Ni nama dia Shazielan, we called him Lan, tapi sbb muka dia nmpk macam jiran kitorg, aku ngn Anis start panggil dia Apis. Haha. He's nice and sporting, budak umuq 18 yg turun kat Padang Besar. Nice meeting ya bro!

Sampai Merbok pukul 6, sumpah rindu tak terkata. Tak terasa pun balik untuk sementara waktu je, rasa macam balik mcm biasa. T___T

Pukul 12 Sha mai, setel clearance and layan kerenah gila B nk ambik gambaq kat seluruh pelosok UiTM. Padahal depan rumah dia ja -____-

Niat hati nak amik gambaq UiTM KEDAH, tapi nampak kami kecik sangat. Rasa nya still jugak snap walaupun kecik, tapi ntah, Sha x upload nk buat lagu mana. Ni jaa yg ada.





Tiga pic ni aku nobat kan pic sebagai pic paling gila. Sha ajak aku join buat benda merapu ni, tapi aku tolak dengan cara baik. Hahha. Malu siakk, orang ada kelas kat atas, p buat perangai kat bawah. Haha. Tengok muka Sha, epic gila sampai rasa nk lempang. Hahaha.

Lepas penat meraya satu UiTM snap2 (sebenar nya banyak lagi gambar, tapi Sha x upload and TAK EMEL) , gerak fudkot jumpa Achenk :))


Lepak2, borak2 minum air then gerak ke tasik untuk snap lagi. (Idea si B)
Serius selama setahun setengah kat Merbok, itu first time aku amik gamba kt tasik. Agak sengal sikit lah kan dah blah baru lah hegeh2 nak bergambar.

Lepas Zohor, gerak p ambik 'The World's Greatest FS' kat rumah Aisy temok-tembam-tomey di Seberang Jaya and lepak Sunway bergossip tak hingat ibu bapa yang dah bising suruh balik, kan Sha? ;D

Muka excited lama tak jumpa ahli panel untuk bergossip.


Aku tengah berlatih buat iklan ubat gigi -____-

Lepas dinner, Sha gerak balik Merbok. Aku sekali lagi menonton HP7 semata2 nk teman FS. (Ok, padahal sendiri yg rela sebab nk tengok Ron Weasley lagi, haha). Thanks to Leen yg sudi korban kan RM10 walaupun dia x minat HP. Bosan pulak bila tengok kali kedua.

Rabu pagi, gerak p Jetty & ambik Anis utk bawak round2 Penang sebab dia x pernah pergi Penang. Apa punya turr ntah, aku dok tawaf Penang tu tiap2 sem, ada lagi org yg x pernah pergi.

Muka excited dua orang yg x pernah naik 'kapal' bak kata Anis.

Pengalaman paling 'bermakna': Jalan kaki dari Gurney ke Tanjung Tokong sampai nak tercabut kaki. Bak kata FS, mmg 'dekaaaat' sangat kaaan awakzzz?

Baru nama jalan tour Penang. Bawak org yg x pernah pergi Penang, bagi dia rasa berjalan kaki agak2 dalam 10 km 'pusing town'. Haha. Balik umah memang ambik masa dua hari baru kaki aku hilang sengal nya.

Lepas solat kat surau Tanjung Tokong, we went to Teluk Bahang naik Rapid Penang. SUMPAH menyesal selama 3 sem merayau ulang alik p Penang, x pernah terasa nak p Teluk Bahang. (Pernah try nak naik, tapi time tu ada masalah yg cuma Aku, Leen, FS, Ili and Azmi je yg tahu. Haha.)

Teluk Bahang is SUPERB! Di sebab kan kitorg sampai petang, x dapat nak explore banyak. Sebab kebanyakan tempat dah tutup and kami agak penat. Tapi serius, scenary kat Teluk Bahang is truely awesome!

Dalam ni macam2 ada, beaches, hutan simpan, jambatan gantung, kampung nelayan.





Aksi separa lucah Leen.

Pinjam kejap joran budak2 yang tengah memancing buat bahan posing. Letak x sampai seminit ikan dah sambar, pro betul anak2 jati Teluk Bahang naaa.



Confirm budak2 tu memaki hamun dalam hati cz kami dok buat hingaq. Spoil mood memancing diorg, ikan pun lari. Haha.


Jambatan gantung yg pendek punya, yang panjang dah tutup pukul 430pm.
Jadi lah, asal ada nama jambatan gantung kaan.


Siapa2 yang ada baca blog FS, mungkin gambar nya x cukup besar, ni lagi jelas & terang.
Ramalan cuaca paling bodoh dan lawak pada abad ni. Kat depan papan tanda ni ada sebatang kayu yang digantung, so, dengan kayu tu kita dapat ramal cuaca and description nya tertera pada rajah.

Pukul 630, gerak ambik Rapid Penang balik ke Jetty dan terus balik seberang. Train pukul 11 malam, borak2 lagi dengan Leen sampai pukul 2 dan terus kiok sampai pukul 9 pagi esok nya.


Kesimpulannya, journey kali ini agak menarik, wish we had more time to explore Teluk Bahang. But never mind, Leen said we can always go back there whenever we want. Yeaah, as if we are still in Merbok ;'(

Sepanjang perjalanan dari Kajang-Merbok-Penang-Kajang, saya telah memperolehi 4 orang kawan baru. Seronok rupa nya menjelajah negeri sendiri :))

12 comments:

dylakamil said...

hahahha seronok nmpk kali ni ke merbok dan penang? selama ni duk complaint ja pasal balik U kan, hahaha :P

Puteri. said...

JEALOUS JEALOUS JEALOUSSSS hahaha

Feeqa said...

haha, seronok seronok. dah tinggal kan merbok, baru lah nk rasa seronok, rindu apa bagai semua. haha.

Feeqa said...

quya, sorry okaaay.

DOLCEshasha said...

weyyy bak email hang la derr! grrr. :)

rugi ouhh ku tak dpt join yg lain uhh :( but atleast ku dpt gak jmpa krg..

Feeqa said...

hahaha, aku dah inbox :DD

tu lah, rugi gilaaa. tp btul, asl dpt jumpa, x peee.

qilamahadi said...

okay seronok !
nasib baik aku da pergi aritu
teubat jugak rindu kat bebudak tu

amaa said...

best gilee weyy
jeles aku ! haha

gmba korg kat block c tu sumpah lawak
muahhahhaa

DyanaBangs said...

pose leen tu tak booleh blah kan ? hahahaaa

Feeqa said...

qila, tu lah, dah blah, baru sibuk nk rindu kan? :D

Feeqa said...

maa, kau kn blk gak uitm ritu? nk jeles apa?

haha, bukan gambar aku okeee ;D

Feeqa said...

dyana, haha, mmg.