Friday, July 8, 2011

KAU ADA?

Assalamualaikum :))

Hai! Topik hari ni berkaitan dengan ayat 'kau ada?'. Sumpah aku annoyed gila kalau dengar perkataan ni. Kecuali daripada kawan2 rapat la, sebab nya yg dah rapat tu dah faham sangat otak monyet nya. Tapi kalau setakat borak2 kosong bila jumpa dekat tangga batu cave fakulti then tiba2 nk guna ayat ni, mmg aku anti. Serius aku rasa ayat ni paling kasi org panas hati, lagi panas daripada kena hanjeng.

Contoh nya, "Tadi aku pergi book fair, lepas tu aku salam dengan Faizal Tahir(anggap je la dia novelis). Kau ada?". Ehhhhh, org2 mcm ni aku rasa nak jawab "Aku x ada, x ada dosa salam orang bukan muhrim macam kau!". Serius, bukan semua orang batak nak salam Faizal Tahir, Accapan atau Lee Chong Wei sekali pun. Jadi penggunaan 'kau ada' ni sebenar nya tak perlu dalam perbualan yang aman damai tanpa niat nak mencetuskan kemarahan orang lain. Maybe orang yang kau sedang bercakap tu x akan marah kau depan2 since dia malas nak jadi childish besar2 kan benda kecik macam kau, jadi mungkin dia memaki hamun kau dalam hati.

Aku x kata penggunaan 'kau ada' ni x boleh sama sekali ke apa. Just, kalau nk guna, cek dulu dgn siapa kau bercakap. Jangan kau riak begar kata ''Tadi aku pergi minum Whisky kat bar yang baru bukak tu, sedaap. Kau ada?" dekat seorang rakan surau yang solat nya 5 waktu berjemaah kat masjid UiTM tu. Aku confirm sikit pun dia x kisah, malahan dia rasa kau orang paling bangang sekali dalam dunia ni ada lah.

Cuba kalau aku kata "Aku dapat peluk & kiss Eunhyuk semalam, dia bagi otograp lagi kat aku. Kau ada?"
Mati2 kau orang akan annoyed ngn aku and rasa 'kisah pulak aku dengan Eunhyuk kau tu' kan? Sebab nya, minat semua orang berbeza. Jadi kalau nak guna ayat berlagak macam tu, biar dekat org yg sama minat nya dengan kau. Okay? :))